Thursday, May 21, 2009

Kek Strawberry


Bahan-bahan

240 g mentega
10 g Quick 75 atau ovalette
200 g gula kastor
Secubit garam
4 biji telur
290 g tepung naik sendiri, diayak
dgn 60 ml susu manis)
1 camt strawberry paste
1 camt pewarna pink rose

Cara Membuatnya

Putar mentega dan ovalette hingga kembang. Masukkan gula dan garam, putar hingga gebu. Masukkan sebiji demi sebiji telur dan putar sebati. Kemudian masukkan pula tepung, kacau sehingga rata. Akhir sekali, tuangkan strawbery pes & warna yg dipilih). Ratakan adunan di dalam tin 22 cm yg dialas dengan kertas kalis minyak dan dilengser dengan mentega. Bakar pada 190 C selama 1 jam atau hingga masak.

Buttercream

1 cawan Butter
1 cawan krimwell
3 sudu susu cair
4 cawan gula icing - diayak (boleh kurangkan kalau x suka manis)
1 sudu teh perasa vanilla

Cara Membuatnya

Campur dan gaul semua bahan di atas sekali gula & putar sampai gebu. Kemudian curah gula ke dalam mixer & set pada kelajuan yang perlahan sehingga gebu.

Friday, May 15, 2009

Kek Cinta Sayang


Bahan-bahan untuk kek:
28.3 gm putih telur
56.7 gm mentega
85 gm serbuk gula atau gula aising
170.1 gm tepung gandum Bahan-bahan untuk kek:
4 biji kuning telur, asingkan putih dan kuning
113.4 gm gula halus
141.7 tepung gandum
198.4 gm mentega
Cara:
Kacau putih telur, mentega dan gula hingga rata. Masukkan tepung. Gaul menggunakan tangan hingga menjadi doh. Siapkan acuan berbentuk kapal. Kemudian tepekkan adunan biskut di sekeliling kapal. Bakar 10 minit menggunakan kepanasan 180 darjah. Apabila masak keluarkan. Tuangkan adunan kek ditengah-tengah kapal. Bakar 45 minit menggunakan kepanasan 180 darjah. Apabila kek masak hias seperti sebuah kapal menggunakan aising royal.

Cara membuat kek:
Putar mentega hingga kembang. Ketepikan. Putar putih telur hingga putih. Masukkan gula. Sambil itu curahkan kuning telur sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga pekat. Masukkan mentega dan tepung. Kacau menggunakan sudip kayu hingga rata.

Kek Coklat Kukus


Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.


Cream Coklat

Bahan
300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream

Cara.
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

Thursday, May 7, 2009

Kek Coklat Mocca Kukus


Bahan A
1 ketul butter [250 gm]
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar /gula kastor
1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
½ cawan susu manis

Bahan B
3 biji telur
1 tsp esen vanilla

Bahan C
1 ¼ cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder }di ayak bersama
1/2 tsp soda bicarbonate }


Cara :
1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana….kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.
2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].
3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuang adunan dalam acuan .
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.

NOTA
Make sure tudung kukusan kering semasa menutup semula periuk kukusan.

Monday, May 4, 2009

Kek Aiskrim


Bahan-Bahan:
8 biji kuning telur
4 biji putih telur
110 gm tepung Superfine
120 gm gula halus
120 gm badam halus
60 gm air
2 camca sedang minyak jagung
50 gm badam cincang
60 gm coklat urai

Bahan-bahan A (untuk aiskrim):
40 gm gula halus
2 biji kuning telur
180 gm susu segar sejuk
1 camca teh vanila
Putar hingga pekat Bahan-bahan B (untuk aiskrim):
180 gm krim putar
90 gm susu segar sejuk
1 camca teh vanila
Putar hingga pekat

Bahan-bahan C (untuk aiskrim):
80 gm gula halus
3 biji kuning telur
Dipukul hingga pekat

Bahan-bahan disapu di atas kek:
250 gm krim putar
100 gm susu segar
Cara:
Kacau kuning telur bersama sebahagian gula hingga kembang. Masukkan badam halus dan air. Kacau hingga rata. Kacau putih telur bersama sebahagian lagi gula hingga pekat. Masukkan tepung dan adunan kuning telur. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung. Kacau lagi. Tuang adunan ke dalam acuan 25.40 sm x 25.40 sm (10 inci x 10 inci). Bakar 30 minit. Apabila kek masak sejukkan dan belah dua. Susun kek di dalam acuan berukuran 22.88 sm x 22.88 sm (7 inci x 7 inci). Tuang setengah bahagian aiskrim yang dibubuh coklat urai dan letakkan kek di atasnya. Tuang pula aiskrim yang dibubuh badam. Ratakan. Kemudian simpan di dalam kotak dingin beku enam jam.

Cara membuat aiskrim:
Satukan bahan-bahan A, B dan C. Kacau hingga sebati. Bahagi adunan dua bahagian. Satu bubuh badam cincang bakar dan satu lagi bubuh coklat urai.

Cara membuat bahan-bahan untuk disapu di atas kek:
Sejukkan kedua-dua bahan dan pukul hingga pekat. Kemudian sapu pada seluruh kek.

Friday, May 1, 2009

Kek Kukus Buah-buahan




Bahan-bahannya:

600 gram tepung gandum
300 gram gula halus
5 biji telur A
400 gram mentega Golden Churn/ SCS
500 gram buah-buahan campuran
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat
2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
kertas aluminium foil

Cara-cara Membuatnya :

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.

2. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.

3. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.

4. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla dan pukul dengan tangan sehingga ia sebati.

5. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.

6. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.

7. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.

8. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.

9. Alaskan kertas kuih didalam tin/loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

Thursday, April 30, 2009

Tips Membuat Kek


Bila sudah mendapat resipi yang ingin dicuba, baca dan fahamkan bahan-bahan yang ada dalam resipi dan juga peraturannya. Jika ada bahan atau peraturan yang tidak faham, bertanya pada yang arif.

Buat nota sendiri dalam resipi tersebut. Sewaktu hendak mula membuat Kek tersebut, keluarkan cawan sukatan, timbang, pemukul telur, mixer atau bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek tersebut. Dan juga sediakan bahan-bahan yang hendak digunakan. Ini untuk memudahkan anda menyukat dan juga supaya tidak lupa/ tertinggal bahan sewaktu mula mengadun kek.

Bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, baking soda, garam hendaklah diayak bersama. Kek akan lebih gebu dan ringan bila menggunakan tepung yang telah diayak dan juga sewaktu mengayak tepung bersama baking powder/ baking soda ia dapat menghasilkan tepung yang serata dengan baking powder dan baking soda berbanding dengan kita menggaulkan begitu dengan tangan. Pernah terjadi Diana tidak ada masa untuk mengayak tepung dan hasilnya kek yang menggunakan bicarbonate of soda tidak serata dan rasa pahit soda pada sesetengah bahagian.

Ikut peraturan resipi satu persatu, dan sewaktu masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.

Loyang perlul disalutkan dengan tepung supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu. Jika ketuhar anda adalah jenis yang cepat panas, turunkan suhu sedikit dari suhu apa yang tertera (contoh resipi suruh bakar 180 darjah C, gunakan 160 atau 170 darjah C), ini untuk menggelakkan kek merekah kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek merekah.

Gunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk dan lihat jika masih ada cebisan kek yang melekat di kek bermakna ia masih belum masak, bakar sehingga lidi penguji bersih dan itu tandanya kek telah pun masak.

Bila kek sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.

Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya balut tutup kukusan dengan kain bersih supaya wap tidak akan menitis diatas kek. Atau juga boleh tutup loyang kek dengan aluminium foil.

Kek yang dibakar atau dikukus sebaik-baiknya jangan dibuka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama ia dibakar atau dikukus. Ini supaya anda dapat menghasilkan kek yang lembut dan gebu.

Diharap tips yang tidak seberapa ini dapat membantu anda untuk menghasilkan kek yang diidamkan.

Cara untuk mengenal kek yang telah dihasilkan dengan sempurna adalah bukan sahaja dengan paras rupa kek tersebut yang menawan tetapi juga hendaklah anda rasa kek tersebut. Jika rupa menawan dan rasa pun sedap, itulah kek yang telah dihasilkan dengan sempurna.